Rabu, 04 Maret 2015

Puisi Cinta

RASA YANG TAK PERNAH AKU ALAMI
Oleh Niken Khalida Puteri

Tak apa jika senja berganti malam
Tak lama setelah itu
Sinar rembulan pun datang menghampiri
Namun sang bintang enggan menemani

Aku baik-baik saja
Ku hanya ingin sendiri
Hanya ingin habiskan rasa ini
Hanya ingin lukiskan senyummu dalam sepi

Tak apa jika ku menangis saat ini
Jika rinduku amat dalam dan perih
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku

Ku hanya ingin kau mengerti
Ini yang ku rasa dan takkan ku ingkari
Ku hanya ingin sendiri
Diam,mengunci bibirku dan sendiri

Tak apa jika ku menangis saat ini
Untukmu yang kusayangi
Untuk kita,kau,aku dan kini
Untuk sebuah alasan yang tak pernah ku pahami

Jadi biarkan ku sendiri malam ini
Tak apa jika ku menangis karena ku masih punya hati
Tuk merasa,tuk meminta,tuk memberi
Tuk berharap dan untuk mencintai dirimu

SUMBER : http://www.lokerpuisi.web.id/2014/07/puisi-cinta.html

Selasa, 03 Maret 2015

Tips Untuk Berdepan Dengan Ego Lelaki

mike garlington and the "EGO" project
Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki? Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.
Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai mengendali ego masing-masing.
Selain itu tips dibawah ini juga antara cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki:
Dengar apa yang mereka katakan
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak
Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO
Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Jangan lokek beri pujian
Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka kata-kata pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati dan menghargai diri anda. Anda boleh rujuk ebook Rahsia Memahami Pasangan Anda untuk penerangan yang lebih mendalam.
Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik
Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.
Buatkan mereka merasakan mereka betul
Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.
Pada dasarnya untuk menjinak ‘ego’ seorang lelaki bukanlah perkara sukar hanya perlu hargai dan sentuhi hatinya hingga ke dasar lubuk hatinya. Buat dia tersentuh dengan apa yang anda (wanita) lakukan.
Namun pada hakikatnya bukanlah suatu hal mudah untuk menyentuh hati seorang lelaki apatah lagi yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan namun akhirnya dikecewakan. Jika ada wanita yang berfikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan egonya lebih baik berhati-hati kerana mungkin perbuatan itu akan memakan diri wanita itu sendiri. Jadi jangan ambil mudah mempermain ego seorang lelaki.

Minggu, 01 Maret 2015

Ada FEEL CINTA ke tak ada?

love7
Sebelum berminat pada sesiapa, satu soalan penting yang kita perlu selalu tanya-tanyakan, “Dia ADA FEEL ke TAK FEEL ni?” - Maksud sebenar, dia yang kita minat tu, ada ke sekelumit RASA SUKA pada kita? RASA CINTA? Atau sekurang-kurangnya ada RASA MINAT pada kita, ada  ke tak ada?
Sebab…memang sedih sangat setiap kali kita sukakan seseorang tu, tapi dia buat tak endah je…dia tak nampak pun kita sikit punya feel kat dia. Dia tak hargai pun cinta kita pada dia. Kecil hati rasa kan… macam kita ni tak berharga langsung pada dia…
Bila kita call dia…langsung dia tak jawab…bila kita hantar message, “Busy? Boleh cakap sekejap…” – LANGSUNG tak ada balasan! Sedih… banyak message yang biasa-biasa saja pun tak ada dia nak reply… ‘Teruk sangat ke kita ni ya’ haaa…begitulah rasa sedihnya kan. TETAPI…
Come to think back…boleh ke kita nak salahkan dia? MUNGKIN dia memang tak ada feel pun kat kita. Dari awal-awal lagi memang dia tak minat pun. So takkan kita nak paksa dia? “Hei, kau kena ada feel kat aku sebab aku suka kat kau!” Adoi mak… takkan cam tu gayanya haha :D
Mungkin dia tak pernah pun ingat kat kita sebagaimana kita ingat kat dia…mungkin dia tak pernah terfikir pun untuk rasa apa-apa kat kita…bagi dia, kita hanyalah seseorang yang pernah dikenalinya. THAT’S ALL! Nothing more… not even a friend pun! Ayaa … ‘syok sendiri’ la ya:P
Salahkah dia? Tak salah kan…
Kita yang menaruh hati kat dia ni pasal apa? Dia tak suruh pun kita jatuh cinta kat dia, dia tak minta pun kita cinta kan dia. Kita je yang buat keputusan sendiri dengan harapan dia membalas cinta kita. Sedangkan dia tak ada feel pun kat kita…
That’s why, I selalu cakap… jangan cepat sangat menyimpan perasaan kepada seseorang. Sehingga anda benar-benar tahu dia juga ada perasaan pada kita… Selagi anda tidak tahu…just be friend je la kan. Yang penting kita kena tahu…Untuk tahu perasaan dia…mudah saja. It doesn’t take long…ikut LOGIK je…
rp_10love.jpgList FEEL – Kalau dia feel habis kat you dan berminat dia akan :-
  • Really-really care for you
  • Sanggup buat apa saja yang you minta
  • Selalu menawarkan diri untuk membantu
  • Dia akan nak berbual setiap hari dengan you
  • Dia akan tanya berbagai-bagai perkara tentang you
  • Dan pastinya dia akan nak berjumpa selalu…. and many-manu more lah sign dia.
rp_10love.jpgList NO FEEL – Kalau dia no feel dan tak berminat, dia tak buat semua tu lah :-
  • kadang-kadang dia boring dia call borak-borak sikit.
  • And then dia message pun tanya pasal orang lain…
  • Kalau bercakap dia bukan fokus pada you la kan…
  • Dia selalu menghilang diri
  • Kadang-kadang dia balas your call or message
  • Most of the time, asyik you je yang cari dia
  • Dia tak pernah cari you hehe…itu dia tak berminat la tu. Senang je kan.
My mistake zaman dolu-dolu….lamaaaa dulu,
This girl pernah tak jawab my calls, tak balas email, tak balas sms, ym pun dia ignore, tapi I duk syok jugak kat dia…all because, suka sangat kat dia la kan, kira my kind of girl yang Im looking for la…tapi at the end, selepas dia jawab,
“I tak mintak pun you tunggu I, I tak suruh pun you jatuh cinta kat I” …bamm!! fuuu pedihhh nya hati…sakitnya jiwa, then only I realised, how stupid I am all these years. Sanggup berkorban apa sahaja kat dia, sanggup berjaga 3-4 pagi demi mendengar masalah dia…sanggup berhabis wang ringgit. Padahal to her, dia hanya layan I kerana dia lonely je…bila dia sudah ada orang lain dan sudah strong, dia buat tak tahu je la kat Razzi…
So I find it out through the HARD way, selepas terhina, selepas dah kena atas muka…baru nak sedar. That’s why I wrote this article supaya you all tidak kena seperti I kena…sebelum terkena macam tu, lebih baik kita sedar sedari awal…
So I guess you all get it la now kan…dan before you nak jatuh cinta atau menyimpan hati pada sesiapa, ask yourselves…did he/ did she do all yang kat dalam list Feel or No fell kat atas tu? From there you will know jika dia berminat dengan you atau tidak or you akan dapat agak you ada chance atau tidak dengan dia…okay? All the best!
SUMBER : http://razzirahman.com/blog/

Jumat, 27 Februari 2015

8 Keunikan CINTA!

CINTA
1. Cinta adalah perbuatan. Kamu tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang kamu kata. Kamu perlu buktikan pada orang yang kamu cinta bahawa kamu cinta pada dia.
2. Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan kamu gembira, sedih, tertekan dan alami bermacam-macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut mood.
3. Cinta tidak akan mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi kamu tidak akan kecewa jika kamu terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik kamu. Melihat dia bahagia dan kamu pula mencari kebahagiaan lain adalah cinta yang hebat.
4. Cinta yang sejati adalah misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa kamu masuk ke alam lain.
5. Cinta adalah suci dan jauh dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan kamu sentiasa ingin melakukan kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan dengki.
6. Cinta tidak pernah terjadi untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila kamu mencintai hatinya.
7. Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi.
8. Cinta tidak boleh di buat-buat kerana ia terjadi dengan sendirinya.
SUMBER : http://pakarcinta.com/blog/8-keunikan-cinta-yang-anda-perlu-tahu/